TINGGALKAN 10 PENGHAMBAT KEJAYAAN...
Saya taklah pandai sangat memotivasi ni, tapi, mungkin ini ada
baiknya untuk kalian......
10 penghambat berikut perlu ditinggalkan untuk berjaya, iaitu:
1. Jangan biarkan pendapat atau cakap-cakap orang lain mengawal
hidup kita.
2. Jangan malu dengan kegagalan masa lalu, sebaliknya jadikan ia
sebagai panduan, pengajaran dan motivasi untuk berjaya.
3. Jangan tidak menetapkan matlamat, kedua-dua matlamat jangka
pendek dan jangka panjang.
4. Jangan menunda-nunda tindakan atau usaha untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan.
5. Jangan buang masa begitu saja tanpa berbuat apa-apa yang
berfaedah.
6. Jangan ingat diri sendiri saja yang betul, orang lain semua salah.
Terima dengan senang hati pendapat atau nasihat orang lain yang
berguna.
7. Jangan lari daripada masalah yang perlu diselesaikan.
8. Jangan pandai mencari alasan tetapi tidak pandai membuat
keputusan yang baik.
9. Jangan terlepas pandang perkara-perkara positif dalam diri dan
kehidupan.
10. Jangan tidak menghargai masa sekarang, sehingga disia-siakan.
Sumber : http://abufaith.blogspot.com/
MWbmt
No comments:
Post a Comment